Featured Post

Public Awareness: Kanser Payudara

Assalamualaikum and Hello This time I will write in Malay; so, Malay it is! “Akak ada breast cancer, stage 3 dah..” “Tahun lepas...

Wednesday, November 13, 2013

Bersabar dan Bersyukur

 
Assalamualaikum.
 
 
Hari ni macam biasa, bangun pukul 6 pagi - check Facebook, solat Subuh, check Instagram,
 mandi, bersiap pergi kerja. Ke Pontian hari ni.
 
 
Driving 40 minit sebab saja nak layan udara pagi yang tak bersih sangat tu.
Tapi ok la kalau nak compare dengan udara pagi kat highway Pasir Gudang.
Kenn.
 
 
Sampai depan farmasi, rilek dulu layan Youtube sedas dua.
Ulang ulang lagu Yuna sebab lirik dia sangat girl power acah-acah I Will Survive.
Girl power sangat.
 
 
Masuk farmasi, set up machine dan kerja. Seronok hari ni sebab ada Susan.
Asik gelak je keja. Ni keja gelak ke kerja check orang ni.
Entah. Tapi best.
Tak terasa pun dah habis session tu.
 
 
Lepas tu rasa macam nak makan wafer coklat dengan peanut butter.
So jalan kaki pergi kedai-kedai kat sana nak beli wafer. Sekali kena tunggu 15 minit pulak sebab ramai orang nak beli wafer.
Saya macam, hmm ok lah.
Dalam hati dah merungut; cuaca panas terik nak kena tunggu 15 minit.
Mula-mula nak tunggu tapi last last give up sebab panas sangat cuaca kat luar rasa macam pedih je kulit ni.
Pastu lari masuk dalam kereta.
Buka aircond kuat-kuat.

 
Lega.
 
 
Sambil driving, otak ni fikir wafer je. Macam tu la Hanis. Selagi tak dapat.
Pujuk-pujuk hati cakap takpela petang nanti kita keluar lagi pergi beli wafer kat U Mall.
Pun tak jalan jugak.
Bila sampai kat trafic light Pekan Nenas, tiba-tiba hati tergerak nak belok kanan, singgah Econsave sebab kat sana pun ada orang jual wafer.
So, happy ending lah.
 
 
Lepas makan wafer, rasa haus pulak. Masa tu dalam kereta, driving dari Pekan Nenas nak balik Pulai Indah.
 Entah apehal cuaca panas terik siang tadi, dah la pakai tshirt short sleeve je ni. Pegang stering kereta pulak tu.
Habis gelap la tangan I.
Cari-cari sweater, pakai masa drive sebab taknak kulit tangan bertambah gelap.
Sambil uishh panasnya panasnya.
Hmm. Hanis.
 
 
Bila dah masuk simpang Pulai Indah, ternampak pakcik jual cendol tu ada kat tepi jalan.
Memang dia selalu jual cendol kat situ. Mula-mula dah lalu depan dia, lepas tu rasa macam iskk tak boleh jadi, nak cendol lah.
Panas panas macam ni kalau dapat minum cendol bestnya. Niat nak beli sebungkus je.
So, buat u turn kat guard post, turun balik pergi trafic light depan sekolah dan berhenti tepi jalan.

Betul betul kat sebelah pondok jual cendol pakcik tu.
 
 
Sebelum keluar kereta, saya tanggalkan sweater tu. Terik betul matahari.
Kalau tak tanggal sweater nanti kat luar berpanas pulak. Jalan sikit pergi pondok cendol pakcik.
Dari jauh dia dah senyum. Lawa number plat kereta, katanya. JPJ.
Saya senyum je lepas tu tergelak.
Teringat masa mula-mula dapat kereta, saya rasa malu sebab huruf JPJ tu macam malu jek.

Tak sangka ada yang cakap lawa.
 
 
Pakcik cendol cakap, kat Pulai Indah ni ada satu je kereta huruf depan plat dia JPJ.
Lepas tu dia berhenti sekejap, dia cakap eh hari tu ada jugak kereta macam ni plat JPJ.
Kamu dengan suami kamu ke? Saya gelak lagi. Saya cakap, bukanla pakcik, tu adik saya.
Ye memang pernah beli pun sebelum ni, tapi saya tunggu dalam kereta je. Suruh adik keluar pergi beli sebab saya malas.
Hmm.
 
 
Saya cakap dengan pakcik tu saya nak cendol sebungkus. Harganya dua ringgit je.
Sambil pakcik tu cedukkan cendol, gula melaka dengan santan, saya gosok-gosok lengan sebab perit terkena bahang.
Tiba-tiba terfikir, ni baru sekejap kena panas. Pakcik ni lagi kesian. Entah dari pukul berapa dia duduk kat pondok ni jual cendol.
Panas-panas macam ni. Tahan pulak dia.
Tunggu berjam-jam demi dua ringgit sebungkus. 
Tak ada pun dia merungut cuaca panas.
 
 
Pakcik tuang ais dalam plastik cendol tu. Dia cakap, number plat WWW1 yang Sultan Johor punya tu lagi mahal. 500ribu.
Saya cakap, buat apa nak mahal-mahal pakcik. 500 ribu tu kita boleh beli rumah dah.
Sambil senyum. Pakcik cakap, itu lah dia, 500ribu letak kat nombor buat apa kan.
Diorang boleh la, tidur atas duit.
Kita yang biasa-biasa ni bangun subuh-subuh tidur jauh malam sebab nak cari duit. 
Saya terdiam.
 
 
Terfikir lagi, pakcik duduk bawah panas terik macam ni, untuk cendol sebungkus dua ringgit.
Berapa orang je yang singgah beli. Kalau macam saya ni, nak beli sebungkus je.
 Macam tak berbaloi pakcik tunggu lama-lama kat situ.
Atas meja dia ada radio kecil, main lagu lama.
Agaknya tu jelah penghibur hati dia masa cari rezeki.
 
 
Saya ni, dah kira beruntung tak payah kerja bawah panas terik. Atau hujan lebat.
Panas sikit pun nak merugut. Tunggu wafer 15minit pun tak larat.
Pakcik ni tunggu berjam-jam kat bawah panas tapi tak merungut pun. Muka happy je.
Siap boleh berbual lagi. Kalau saya, mesti dah tak larat nak bual.
Entah-entah, ceduk cendol pun sambil duduk sebab tak larat nak berdiri.
 
 
Tersedar.
 
Masa pakcik nak masukkan cendol sebungkus dalam plastik, saya cakap, pakcik, nak tambah cendol dua bungkus lagi.
 
Harap-harap pakcik tu murah rezeki dia.
Harap-harap attitude dia boleh sedarkan orang lain yang ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Tapi tak mengeluh pun.
 
Itu pengajaran dalam cuaca panas terik siang tadi.
 
:)
 

Saturday, November 2, 2013

Nah Update Dah!

Hello !
 
 
 
Sempena Hari Deepavali ni, saya update blog saya. Tanniya Hanis!
 
 
 
Semenjak dua menjak ni, selalu je mimpi pelik pelik. Nak kata sebab tak basuh kaki sebelum tidur, tak juga. I siap scrub kaki lagi taw kelas tak kelas.
Eh eh tipu.
 
 
 
Dua malam lepas, mimpikan Hizami keluar dating dengan perempuan lain. Emo betul masa tu. Bila terjaga rasa macam nak marah orang je. Tapi nasib baik cepat terlelap balik, so tak jadi nak emo emo. Agak-agak, kalau dah kawin nanti dapat mimpi macam tu, tak pasal-pasal my husband kena cekik. Isk. Scary.
 
 
Cuba kira berapa kali saya ulang perkataan emo.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salah. Empat.
 
 
 
 
Malam semalam mimpi Hizami lagi. Kali ni mimpi jam tangan yang dia bagi for my birthday tu kena curi. Mungkin petanda Hizami kena belikan jam baru hikhok. Sayang oi jam tu warna yellow my fav. Boleh pulak pencuri tu si Ain, budak bisness kat MSU. So dalam mimpi tu saya beriya mintak balik jam tu dari Ain tapi Ain cakap jam tu dia punya. Ceh, aku nampak ko amek jam tu la Ain. Dalam mimpi la. Siap suruh Ain bagi bukti yang jam tu dia punya lagi. Siap tunjuk box asal jam tu lagi konon-konon akulah pemilik jam ittew. Tapi Ain tetap taknak pulangkan. Nangis dah masa tu.
 
 
Sekali terjaga, betul-betul nangis daaaa..~
 
 
Buka mata je tengok jam tu ada kat tepi bantal. Terus pegang dan peluk sampai ke pagi.
 
 
Sweet kan kan?
 
 
Itulah kisah Deepavali saya.
 
Moral of the story, nak tidur baca doa tidur.
Bukan doa makan.
 
 

Hanis is creating memories copyright 2013 designed by Hanis