Featured Post

Public Awareness: Kanser Payudara

Assalamualaikum and Hello This time I will write in Malay; so, Malay it is! “Akak ada breast cancer, stage 3 dah..” “Tahun lepas...

Friday, October 28, 2016

Public Awareness: Kanser Payudara


Assalamualaikum and Hello

This time I will write in Malay; so, Malay it is!

“Akak ada breast cancer, stage 3 dah..”
“Tahun lepas saya dah buang sebelah payudara, sekarang ni masih lagi follow up dengan oncologist.”
“Lemahnya badan lepas buat chemoteraphy. Tak larat rasanya.” 
“Takut sangat bila doktor cakap nak buat masectomy.”


Reaksi kita bila dengar orang cakap macam tu? Macam-macam.
Ada yang terkejut, ada yang terdiam, ada yang tak faham. Ada yang menyalahkan, tuduh menuduh.


“Itulah dulu taknak jaga kesihatan.”
“Dulu taknak breastfeed anak eh? Orang cakap kalau tak breastfeed anak nanti senang dapat breast cancer.”
“Betul ke ni? Muda-muda lagi dah ada kanser payudara? Suami cakap apa?”



Dan percayalah, tak ada satu orang pun di dunia ni yang menadah tangan memohon supaya Tuhan bagi dia kanser.



Kalau dulu, kita cakap yang kanser ni selalu serang orang tua, warga emas, orang umur 40-an, umur 50-an; tapi sekarang ni, semua tu nak kena revised balik.
ORANG MUDA PUN BOLEH DAPAT KANSER! Tapi tak semua orang tahu yang KANSER NI BOLEH DICEGAH!
Bold.

Tapi untuk post kali ni saya nak focus pada kanser payudara. Breast cancer. Selalu sangat terjadi sekarang ni, selain kanser rahim, kanser paru-paru, dengan kanser kolorektal.
Allahu.


“Saya muda lagi, takkan lah dapat kanser?” Kata seorang perempuan berumur 32 tahun, dengan anak seorang.
Faktor usia tu dah tak pelik dah sekarang ni. Orang berumur 20-an pun boleh dapat kanser. Kenapa?


Penyebab-penyebab breast cancer ni kita boleh bahagikan into 2 category: non-modifiable (tak boleh ubah) dengan modifiable (boleh diubah) risk factor.


Non-modifiable risk factors:
1.       Wanita. Yup, memang pernah ada kes orang lelaki didiagnos dengan kanser payudara tapi peratusan dia kecil je. Very little. Benda ni sering berlaku di kalangan kaum wanita mainly because we have those hormones estrogen dan progesterone yang boleh promote breast cancer cell growth.

2.       Genes. Genes dalam Bahasa melayu apa eh? Ada certain inherited MUTATED genes macam BRCA1 dengan BRCA2 yang kita boleh warisi dari parent kita. Tak faham? Ok.
Dalam sel normal (sihat), BRCA1 & BRCA2 ni fungsi dia untuk elakkan sel kanser dari terus membiak.
Tapi kalau dua genes ni (BRCA1 & BRCA2) dah mengalami mutasi, instead of elakkan sel kanser dari membiak, dia tak boleh buat apa-apa lagi dan tak boleh halang pun abnormal cell growth tu.
Dan yang paling menarik, kanser payudara yang disebabkan oleh mutasi ni selalu terjadi pada wanita yang lebih muda. Take note and jaga sikit hati orang muda yang menderita kanser ni. Jangan melulu tanya ehhh kenapa kau boleh jadi macam ni kau kan muda lagi apa dosa yang kau dah buat dulu babe? No.

Ada banyak lagi mutated genes yang boleh leads to cancer tapi dua ni paling common.

3.       Sejarah keluarga (family history). Risiko lebih tinggi kalau ada first-degree relative (mak atau kakak kandung) yang ada breast cancer.


Ok tu non-modifiable risk factors yang paling utama. I think.


Modifiable risk factors! Yang ni banyak related to gaya hidup dengan personal behavior anda.
1.       Berat badan berlebihan. Terutamanya selepas menopause. Kenapa lepas menopause? Ok.

Ingat lagi estrogen? Badan perempuan hasilkan estrogen. Bahagian mana yang hasilkan estrogen? Ovari dan tisu lemak. Tapi paling banyak ovari yang hasilkan hormone ni. Tapiiii bila dah menopause, ovari dah stop functioning, pencen lah. So siapa yang masih lagi hasilkan estrogen (walaupun sikit)?

Yup, fat tissue tadi tu.

Semakin banyak fat tissue dalam badan, semakin tinggilah kandungan estrogen. Semakin banyak fat tissue dalam konteks ni maksudnya semakin gemuk. So, kandungan estrogen yang tinggi dalam badan boleh tingkatkan risiko breast cancer. Itu satu.

Satu lagi ialah, kandungan insulin dalam darah dikalangan wanita overweight pun berkemungkinan tinggi. Higher insulin level leads to cancer juga.


2.       Faktor lain: penggunaan oral contraceptives, pengambilan terapi hormone selepas menopause, kurang bersenam, merokok semua ni pun boleh jadi penyebab (trigger).



“Oh hai, rasa-rasa macam ada yang ada kaitan la dengan saya. Nak buat macam mana eh? Takutnya.”


Screening, babe. Tu penting. Buat mammogram. It is the best way to detect breast cancer earlier. Lebih awal dapat detect, lagi senang nak cure. Ingat balik point yang kita highlight tadi: Cancer is preventable (and curable).


Kedua, self check masa mandi. Masa mandi tu, massage breast slowly, one by one and cuba check kalau rasa macam ada lump ke, rasa sakit bila sentuh/ tekan ke, ada discharge keluar dari puting ke, anything. Anything abnormal. Simptom lain? Bengkak pada payudara, perubahan bentuk payudara, perubahan pada puting payudara, ada ketulan pada payudara atau pada bawah ketiak, dan rasa sakit. Kalau ada, sila refer balik paragraph atas.


Jadi, tolonglah; tolong beranikan diri pergi buat screening kalau anda rasa anda berisiko. Para suami pun, tolong berikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada isteri anda sekiranya isteri anda ada simptom-simptom tadi. Kalau kita dapat kesan kanser tu dari awal, Insya Allah kita boleh rawat. Tapi kalau dah teruk, dah merebak ke tempat lain (metastasize), proses rawatan pun boleh jadi lebih mencabar. Jangan biarkan.


“Ok, nak buat screening. Tapi kat mana boleh buat?”
Hospital. Tak kisah hospital kerajaan ke swasta ke semua boleh. Just, go.


Dan saya doakan semoga Allah berikan penyembuhan pada semua pejuang kanser dan kurangkan kesakitan yang mereka alami. Amin.  






No comments:

Post a Comment

Hanis is creating memories copyright 2013 designed by Hanis