Featured Post

Public Awareness: Kanser Payudara

Assalamualaikum and Hello This time I will write in Malay; so, Malay it is! “Akak ada breast cancer, stage 3 dah..” “Tahun lepas...

Thursday, December 15, 2016

15122016


Bismillahirrahmannirahim.

Diri ini, pendosa.
Diri ini, tiada lagi yang memimpin.
Aku, ingin berubah.
Ya Allah, aku mahu berubah.
Tapi aku tak kuat, bersendirian dalam perubahan ini.
Aku lenturkan hati, didik hati ini agar kembali lembut.
Perlahan tapi pasti.
Aku tahu, disebalik ujian dari Allah dan kesabaran yang dititip, pasti ada ganjarannya.
Dan aku tahu, disetiap cemuhan ejekan itu semestinya ada imbuhan baik bagiku.

Segala kata-kata hikmah, pesan dan nasihat, aku genggam kemas dan jadikan panduan agar diri ini tak lagi terpesong.
Sesungguhnya aku takut akan azabMu, Ya Allah.
Kau jauhkanlah aku dari sifat riak, sombong dan bakhil.
Aku bersyukur dengan segala pemberian, ujian dan dugaan dari Mu.
Aku redha Ya Allah.

Kecintaan ini kian menebal setelah aku lalui dugaan itu.
Tiada cinta yang lebih hebat melainkan cinta pada Mu.
Maka aku bermohon agar kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa-dosa suamiku, dosa-dosa ibu bapaku, dosa-dosa ahli keluargaku, dosa-dosa guru-guruku dan dosa-dosa seluruh hamba Mu Ya Allah.
Dikala aku perlukan kekuatan untuk terus istiqamah, bantulah aku Ya Rahman.
Dikala aku dicengkam rindu padanya, kau ingatkanlah aku agar lebih rindu pada Mu Ya Rahim.
Kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap sesuatu. 

No comments:

Post a Comment

Hanis is creating memories copyright 2013 designed by Hanis